IBARAT BOM JANGKA

Baru-baru ini saya melawat seorang pesakit buah pinggang tahap akhir berumur 66 tahun di Kampung Jawa, Mukim Sala Kechik. Beliau enggan memulakan rawatan dialisis walaupun telah dinasihatkan oleh pakar buah pinggang. Keputusan darah terkini beliau menunjukkan bacaan urea 40 dan creatinine 1400.

Beliau memaklumkan tidak mempunyai apa-apa simptom walaupun baharu discaj dari wad untuk rawatan garam potassium yang tinggi. Paras potassium yang tinggi dalam darah adalab berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang. Beliau bertanya bagaimana keadaan kesihatannya? Saya berkata ibarat ‘time bomb’ kerana garam potassium yang tinggi boleh menyebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba. Semoga terbuka hatinya untuk memulakan rawatan dialisis secepat mungkin.



Comments