PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN KAMPUNG KOMPLEKS

Pada 18 Ramadan 1442H bersamaan 30 April 2021, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, kampung saya iaitu Kampung Kompleks, Kuala Kedah tidak ketinggalan menerima sumbangan Ramadan. Boleh dikatakan separuh daripada jumlah rumah yang ada dalam kampung ini menerima sumbangan ini.

Alhamdulilah, program tahunan sejak tahun 2013 iaitu sejak saya menjadi Ketua UMNO Cawangan di sini masih dapat diteruskan. Saya turut menziarahi warga-warga emas yang kebanyakannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya. Turut bersama saya, Puan Noor Aishah, Ketua Wanita Cawangan.

                                       








Comments