PROGRAM SESUCI RAMADAN 1442H - AADK DAN JKPD KOTA SETAR

Pada 17 Ramadan 1442H bersamaan 29 April 2021, bertempat di Masjid Ar-Rahman, Alor Merah telah diadakan Program Sesuci Ramadan bersama Orang Kena Pengawasan (OKP) anjuran Unit Rawatan & Pemulihan AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar. Pengisian program disampaikan sendiri oleh Tuan Imam Masjid Ar-Rahman iaitu Ustaz Azman bin Ali Mahsen Al-Hafiz.

Dengan kehadiran 58 orang peserta OKP, sebagai Pengerusi JKPD Daerah, bagi saya, jumlah kehadiran sebegini amat menggalakkan. Saya juga sempat berbuka puasa bersama mereka yang hadir. Semoga dalam bulan yang mulia ini akan membuka lembaran baharu yang lebih baik dalam kehidupan mereka.
                              








Comments