PROGRAM ZOOM : TANJUNG BESAR

Program Ziarah Orang-orang Memerlukan (ZOOM) diteruskan di Kampung Tanjung Besar, Mukim Kubang Rotan. Saya pernah melawat Puan Lily pada 5 tahun lalu bersama beberapa NGO selepas beliau kehilangan suaminya akibat komplikasi buah pinggang. Ketika itu, ibu muda ini baharu 30 hari melahirkan anak yang ke-7 mereka.
 
Sekarang, beliau masih menanggung belanja persekolahan 4 orang anaknya dan 3 orang anaknya yang lain telah bekerja, yang perempuan bekerja di kilang dan lelaki sebagai nelayan. Saya minta beliau pastikan anak-anaknya terus di sekolah dan jauhi gejala sosial di kawasan ini. Ceria melihat suasana dalam keluarga ini apabila dapat berkumpul menjelang Aidilfitri.






Comments