SAMBUTAN HARI LAHIR MUSIM PKP

Pada 24 Mei 2021, merupakan tahun kedua saya menyambut hari kelahiran saya dalam PKP. Sejak dari awal pagi, saya dihujani oleh ucapan doa dan selamat daripada kawan-kawan dan saudara mara melalui group whatsapp, facebook dan mesej peribadi. Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat atas ucapan ini dan mohon maaf sekiranya saya tidak termampu untuk membalas semuanya. Saya turut mendoakan juga semua sahabat agar sentiasa dirahmati dan dikurniakan dengan kesihatan dan kesejahteraan.

Dalam situasi hari ini, setiap hari ada saja berita kawan-kawan kita yang sakit atau meninggal dunia pasti menimbulkan keinsafan untuk kita meneruskan kehidupan dan berbuat amal kebaikan selagi mana terdaya. Sentiasalah kita bersyukur dan menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Alhamdulilah saya dikurniakan isteri dan keluarga yang membahagiakan.

Jaga diri semua. Patuhi SOP. Jangan lupa mendaftar untuk vaksin.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.



Comments