ZIARAH BERSAMA NGO PENGKALAN KUNDOR

Pada 25 Ramadan 1442H bersamaan 7 Mei 2021, seusai solat Jumaat, saya bersama Sukarelawan Uthman Affan Prihatin, Panel Penasihat Klinik, PIBG SMK Tunku Abd Aziz dan Penasihat Mahkamah Kanak-kanak turun menziarahi beberapa orang pesakit di Kampung Kuala Kangkung, Alor Ibus, Padang Jambu dan Taman Cengkih.

Antara yang diziarahi adalah pesakit strok, diabetes dan buah pinggang tahap akhir serta bayi kekurangan zat makanan. Kebanyakannya adalah berlatarbelakangkan keluarga dari taraf sosio ekonomi yang rendah. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mereka menjelang Syawal.

                                       












Comments