ZIARAH PESAKIT DI KAMPUNG SELARONG

Pada 1 Mei 2021, saya menziarahi pesakit buah pinggang kronik dan diabetes di Kampung Kota Masjid dan pesakit sirosis hati (liver cirrhosis) di Kampung Selarong. Pesakit sirosis tersebut saya minta pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana abdomennya sudah sengkak dengan air. Turut bersama saya Ketua-ketua cawangan dan ketua wanita UMNO Cawangan.

Makcik Zainab di Kampung Kota Masjid baharu meninggal dunia pada 2 Mei 2021 iaitu sehari selepas kami melawat beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.







Comments