PERJUMPAAN BERSAMA SUKARELAWAN MYVAC

Pada 21 Jun 2021, saya telah mengadakan perjumpaan bersama belia-belia sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (myVAC) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kota Setar dan Pokok Sena bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.

Di samping memberi kata-kata semangat, saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas khidmat mereka kerana memastikan proses suntikan vaksin berjalan lancar. PPV ini terlibat memberi vaksin kepada lebih seribu orang penerima setiap hari. Peranan sukarelawan ini sangat penting dalam membantu petugas kesihatan dan keselamatan di pusat ini bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Ini merupakan peluang bagi mereka menimba pengalaman dalam bidang kesukarelaan.

Sehubungan itu, saya mewakili Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) akan menaja sarapan pagi setiap hari untuk mereka untuk tempoh sebulan mereka bertugas di sini. Turut hadir bersama Puan Nazifah binti Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.

                                       







Comments