BICARA PROFESIONAL : VAKSIN COVID19

Pada 2 Julai 2021, saya telah dijemput menjadi salah seorang panel Forum Bicara Profesional yang bertajuk Covid19 : Kesedaran Masyarakat Terhadap Vaksin. Forum ini turut menjemput Dr Md Shukri bin Shuib, Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ahli panel dan Dr Kamarul Azman bin Khamis, Pengarah Institut ITS, UUM bertindak sebagai moderator.

Dalam forum ini, saya memberi penerangan tentang jenis-jenis vaksin dan konsep asas imunisasi pasif untuk pemahaman para penonton yang kebanyakannya terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa UUM serta aktivis belia. Saya berpandangan proses imunisasi vaksin harus dirancakkan lagi bagi membolehkan imuniti berkelompok dapat dicapai segera. Hanya dengan kaedah ini sahaja kita dapat kembali kepada norma kehidupan kita sebelum berlakunya pandemik.

Terima kasih diucapkan kepada Penggerak Negeri Kedah kerana sudi menjemput saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya berkongsi ilmu dan pandangan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penerimaan suntikan vaksin covid19.








Comments