MESYUARAT RAYUAN SEMAKAN SEMULA SOP SOLAT JUMAAT

Pada 16 Julai 2021 telah diadakan perbincangan bersama Persatuan Ulama Kedah, ABIM, wakil-wakil masjid dan NGO berkenaan cadangan menghantar rayuan untuk semakan semula SOP solat Jumaat. Saya dijemput untuk memberi pandangan dari sudut kesihatan tentang pelaksanaan SOP yang sedia ada. Turut hadir bersama adalah YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah dan Prof Madya Dr Shukri Ahmad dari Universiti Utara Malaysia. Semoga input-input saya memberi manfaat kepada mesyuarat ini.



Comments