PROGRAM BAKUL MAKANAN KANAK-KANAK KOTA SARANG SEMUT

Pada 31 Julai 2021, telah diadakan Program Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada kanak-kanak kawasan Kota Sarang Semut oleh beberapa NGO dengan kerjasama JKM dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Daerah Kota Setar. Program disempurnakan oleh YBhg Dato’ Asri Redha bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kota Setar.

Seramai 100 orang kanak-kanak terdiri daripada pelbagai bangsa, melalui wakil keluarga masing-masing menerima barang sumbangan secara berperingkat. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai JKM Daerah, Ketua Balai Polis Kota Sarang Semut dan petugas-petugas RELA, APM dan Jabatan Amal kerana turut bersama menjayakan usaha murni ini.


















Comments