FORUM ANCAMAN DADAH SINTETIK : LEBIH BAIK CEGAH

Pada 6 Ogos 2021, saya telah menjadi panel Forum Ancaman Dadah Sintetik : Lebih Baik Cegah anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, Majlis Belia Daerah, MCPF dan AADK Daerah Kota Setar. Sesi forum ini dipengerusikan oleh En Mohamad Shafizal bin Mohamad Safee, Pengerusi MBD Kota Setar dan panel-panel lain adalah En Haffizie bin Yahya, Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar dan Dr Omar bin Ali, Pakar Perunding Psikiatri Perubatan Penagihan, Hospital Sultanah Bahiyah.

Saya banyak memberi penerangan tentang konsep pemberdayaupayaan komuniti yang perlu dihayati oleh masyarakat bagi mencegah penyalahgunaan dadah. Penggunaan dadah jenis sintetik perlu dicegah lebih awal kerana bahayanya kepada kepada kesihatan mental adalah sangat serius yang akan memberi bebanan dan ancaman yang besar kepada keluarga dan komuniti.

Dengan penglibatan hampir 50 orang peserta, forum sebegini harus diteruskan sebagai platform bagi mendekati dan memberi kesedaran terutamanya kepada golongan muda  tentang bahaya dadah.




Comments