PENDAFTARAN VAKSIN KUALA KEDAH 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melihatkan perkembangan wabak covid-19 yang masih belum reda di Kuala Kedah, maka saya sekali lagi memohon sesiapa yang telah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin tetapi masih belum dipanggil, anda dijemput untuk mengisi pautan borang di bawah untuk dipanjangkan segera kepada pihak berkuasa kesihatan bagi mempercepat urusan vaksinasi anda.

Untuk makluman, pelawaan ini hanya terbuka kepada
- penduduk yang berada dalam kawasan operasi Klinik Kesihatan Kuala Kedah
- berumur 18 tahun ke atas
- sudah mendaftar untuk menerima vaksin dalam MySejahtera

Terima kasih.

Sila klik untuk isi borang :


Jaga diri. Patuhi SOP.
Lindung Diri Lindung Semua.

Dr Zaki Zamani bin Abd Rashid
29 Ogos 2021



Comments