PROGRAM BAKUL MAKANAN KANAK-KANAK SUNGAI BARU

Pada 7 Ogos 2021, telah diadakan Program Agihan Bakul Makanan Kanak-kanak di Sungai Baru, Anak Bukit. Program kerjasama RELA Kehormat/Bersekutu di bawah inisiatif Food Bank Sukarela bersama Pasukan Perlindungan Kanak-kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Raudhatul Ain Charity Programme, Masjid Sungai Baru Gunong, IPD dan JKM Daerah Kota Setar.

Seramai 100 keluarga telah menerima sumbangan barangan dapur yang dihantar secara serentak dari rumah ke rumah melalui 5 pasukan yang telah ditugaskan. Antara kawasan yang terlibat meliputi 10 lokaliti iaitu Kampung Sungai Baru Gunong, Sungai Baru Tok Keramat, Sungai Baru Tengah, Pulau Kerengga, Alor Melintang, Kampung Simpang Empat, Alor Gonchar, Alor Gunong, Alor Pial dan Taman Seri Gunong. Satu bakul makanan dianggarkan bernilai RM120 ini adalah hasil sumbangan dan usaha beberapa NGO. Antara keluarga penerima merupakan daripada golongan yang terkesan akibat pandemik iaitu ketua keluarga yang hilang sumber pendapatan dan keluarga yang sedang dikuarantin akibat kontak rapat ataupun yang telah disahkan positif covid19.

Program turut dihadiri oleh YDH ACP Ahmad Shukri bin Mat Akhir, Ketua Polis Daerah Kota Setar. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi turun bersama kami menyampaikan sumbangan di sekitar Kampung Sungai Baru. Sebagai anak jati Kampung Sungai Baru, kehadiran beliau sangat diraikan oleh komuniti di sini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program kolaborasi terbaik ini.

                                     




















Comments