PROGRAM ZIARAH LPPKN

Program Ziarah bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diadakan di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah. Rumah pertama yang dilawati adalah Makcik Saiyah yang berumur 71 tahun dan tinggal bersama 2 orang cucunya. Kemudiannya kami melawat Puan Zanita. Keluarga beliau hilang sumber pendapatan apabila suaminya mengidap kanser usus dan baru sahaja menjalani pembedahan. Anaknya 4 orang yang berumur dari 7 hingga 20 tahun. Saya sudah memaklumkan kepada pemimpin setempat untuk menguruskan bantuan JKM dan NGO, terutamanya bagi menampung kos ‘colostomy bag' dan sara hidup.

Saya mengiringi Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, En Adzhar bin Ismail untuk menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada keluarga-keluarga yang dilawati. Terima kasih LPPKN.






Comments