Sinar Harian 12 Ogos 2021 - Jangan Percaya Ketum Boleh Cegah Penyakit

Ketum tiada kajian yang membuktikan ia boleh merawat covid. Semua ini adalah strategi dan agenda pengguna dan penanam ketum untuk mempromosi dan mewajarkan penggunaan ketum ketika pandemik ini. Mereka mengambil peluang pada ketika masyarakat bimbang dengan peningkatan kes covid-19 dan kematian demi mengaut keuntungan. Tindakan mereka akan memesongkan kefahaman masyarakat dan menggalakkan penyalahgunaan ketum yang boleh menyebabkan penagihan terutamanya di kalangan golongan muda.

                                       










Comments