SLOT TENANG & TINDAK JPW KEDAH

Pada 30 Ogos 2021, saya telah diundang oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah untuk menyampaikan pengisian slot Tenang & Tindak yang bertajuk ‘Pertolongan Cemas di Rumah’ melalui siaran Facebook Live.

Selain penerangan tentang pertolongan kecemasan untuk kecederaan fizikal, saya turut berkongsi tentang krisis-krisis psikiatri dan kesihatan mental seperti kemurungan dan ancaman bunuh diri yang memerlukan tindakan segera. Selain itu, pengesanan simptom-simptom penyakit kronik seperti serangan jantung dan strok juga disampaikan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah kerana sudi menjemput saya. Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada semua penonton.

                                            








Comments