PKPD KUALA KEDAH

PKPD Mukim Kuala Kedah telah bermula pada 5 September 2021 dan dijangka tamat pada 19 September 2021. Setakat ini Mukim Kuala Kedah mencatatkan 689 kes aktif covid-19 dan pernah pada satu ketika mencatatkan hampir seribu kes. Tugas saya di Pusat Dialisis MyAngkasa harus dijalankan seperti biasa namun langkah berjaga-jaga perlu diambil memandangkan pesakit di sini semuanya dari zon merah. 

Saya telah kehilangan 8 orang pesakit dialisis saya akibat covid-19 (semuanya belum divaksin). Alhamdulilah pesakit dialisis yang telah divaksin, walaupun dijangkiti tetapi simptom jangkitan tidak serius. Terbukti vaksin itu melindungi. Semoga wabak di Kuala Kedah akan dapat dibendung segera dan kes jangkitan dan kematian dapat dikurangkan.

Jaga diri, patuhi SOP.





Comments