SUMBANGAN BANTUAN COVID KUBANG JAMBU

Pada 6 September 2021, telah diadakan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada 6 kampung dalam DUN Kubang Rotan iaitu Kampung Kubang Bongor, Sematang Bogak, Telaga Juan, Kampung Pekan Hilir, Kubang Jambu dan Permatang Kabu.

Setiap kampung diwakili oleh ketua cawangan UMNO untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan atau yang dikuarantin di kampung masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua ketua UMNO cawangan yang sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk kampung.

Program ringkas ini diadakan di pekarangan Masjid Nurul Iman, Kubang Bongor. Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik ini.









Comments