TUGASAN PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK

Tarikh 29 September 2021 merupakan pengalaman pertama saya melaksanakan tanggungjawab sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak (MBKK). Turut bersama saya adalah Puan Azlina Aziz yang juga sebagai Penasihat MBKK dan Puan Siti Shahrul, Pegawai Akhlak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Daerah Kota Setar.

Tiga kes yang dibicarakan ketika prosiding semuanya adalah berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Kebanyakannya mereka datang dari keluarga yang bermasalah dan bertaraf sosio ekonomi rendah. Kesemua mereka terlibat disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan persekitaran yang tidak sihat.

Atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah, selepas ini remaja-remaja ini akan dilibatkan dalam program susulan dengan kerjasama AADK dan JKM. Satu modul pemulihan dalam komuniti boleh difikirkan bagi membantu kepulihan mereka. Ini bersesuaian dengan konsep MBKK yang mengaplikasikan prinsip hukuman melalui kaedah pencegahan dan reformatif.

Boleh dikatakan jika melibatkan isu dadah, saya telah terlibat dalam semua aspek, dari segi pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan kini perbicaraan mahkamah. Pengalaman hari ini pastinya akan dapat membantu saya memperoleh idea dan persepsi baharu dalam menangani kes-kes berkaitan kanak-kanak.





Comments