WHAT'S NEXT AFTER SPM

Pada 11 September 2021, BGS UUM Chapter dan Good Deeds Kedah telah menjemput saya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam Slot Bicara Kerjaya dalam Program “What’s Next After SPM”.

Program yang dianjurkan secara maya ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dari SMK Seri Pantai, SMK Tunku Laksamana, SMK Seri Ampang dan SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Bukanlah niat saya mahu memastikan setiap peserta menyertai kerjaya kedoktoran tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pendedahan terhadap dunia perubatan.

Yang lebih penting, saya ingin memastikan mereka mempunyai halatuju dalam kehidupan mereka selepas SPM. Pembinaan karakter dengan nilai-nilai murni yang positif dan sentiasa bermotivasi mengejar cita-cita akan membawa kecemerlangan masa hadapan. Hidup yang bermakna adalah dengan menjadi insan yang mencapai potensi diri dan berjaya menabur khidmat kepada keluarga dan masyarakat.

All the best semua.




Comments