MAJLIS TAKLIMAT DUN KUBANG ROTAN DAN KEMATIAN MENGEJUT SEORANG SAHABAT

Majlis taklimat dan penyerahan fail mesyuarat DUN Kubang Rotan telah diadakan pada 20 Oktober 2021 bertempat di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Program telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ketua UMNO Bahagian dan dihadiri oleh ketua-ketua UMNO cawangan dalam DUN Kubang Rotan.

Selepas program, kami dikejutkan oleh berita kematian  Allahyarham Abdullah bin Aziz, Ketua UMNO Cawangan Tepi Laut. Allahyarham turut hadir di majlis bersama kami dan telah mengadu sakit dada sebaik sahaja program berakhir. Beliau telah segera dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu disyaki akibat serangan jantung.

Disertakan gambar kenangan bersama Allahyarham ketika saya menziarahi isterinya yang mengalami serangan strok pada tahun lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. A-fatihah.





                                      

Comments