MESYUARAT JKPD DAERAH KOTA SETAR BIL 2/2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar Bil 2/2021 telah diadakan pada 18 Oktober 2021. Setelah sekian lama, saya mempengerusikan mesyuarat ini untuk menyusun kembali gerak kerja yang telah dirancang sebelum bermulanya PKPD.

Antara penumpuan utama mesyuarat ini adalah mengatur program temuseru (outreach) untuk klien wanita, program keusahawanan klien bersama Tekun Nasional, program bantuan kebajikan untuk keluarga klien yang memerlukan dan bengkel pemulihan dengan kerjasama JKM untuk klien kanak-kanak yang di bawah pengawasan bersama ibu bapa mereka.

Dalam mesyuarat ini, telah dimaklumkan bahawa salah seorang klien telah diluluskan pinjamannya bernilai RM5000 oleh Tekun Nasional bagi mengembangkan perniagaan penternakan kambingnya. Ini satu berita baik menunjukkan usaha bantuan keusahawanan kami telah menunjukkan sinar.

Kami akan terus membantu mereka melalui 4K : Kepulihan, Kebajikan, Keusahawanan dan Kemahiran seperti yang telah saya gariskan ketika kami mula-mula menerima mandat.







Comments