PELANCARAN FOOD BANK GAPEMA / PEKIDA

Pada 29 Oktober 2021, saya telah dijemput merasmikan pelancaran inisiatif Foodbank anjuran Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (GAPEMA) Negeri Kedah bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Kota Setar.

Tahniah diucapkan kepada NGO-NGO ini kerana mengambil daya usaha bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik. Kesan sosioekonomi akibat wabak covid-19 masih lagi terasa kerana proses pemulihan sektor ini akan mengambil masa. Dalam ucapan saya juga mengingatkan para hadirin tentang kepentingan vaksin dan dos penggalak.

Majlis ringkas berskala kecil ini diadakan di pekarangan Pasaraya Billion, Alor Setar. Turut hadir bersama saya adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah dan wakil RELA Kehormat Negeri Kedah.






Comments