PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN KOTA SARANG SEMUT 2021

Pada 22 Oktober 2021, saya telah dijemput untuk merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kota Sarang Semut Tahun 2021. Tahniah diucapkan kepada Ketua Cawangan, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab kepada parti mengikut SOP yang telah ditetapkan. Kekuatan cawangan ini amat penting kerana dua PDM terletak di bawahnya iaitu PDM Kota Sarang Semut dan PDM Taman Impian.

Dalam majlis ini, sumbangan turut disampaikan kepada ahli-ahli cawangan yang memerlukan. Semoga UMNO cawangan ini terus maju berkhidmat dalam meneruskan tradisi membela rakyat.

                                        


















Comments