PROGRAM TEMUSERU OKP WANITA

Pada 27 Oktober 2021, Program Temuseru (Outreach) OKP Wanita bersama Unit Rawatan dan Pemulihan, AADK Daerah Kota Setar telah diadakan. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar minggu lepas saya telah mencadangkan program ini untuk mengesan klien-klien wanita terutamanya di sekitar Kuala Kedah yang masih dalam pengawasan AADK dan gagal hadir untuk melapor diri. Ada juga yang sudah lari dari rumah dan kami hanya mampu mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga atau jiran mereka.

Semoga program libat urus (engagement) bersama mereka ini dapat membantu kepulihan mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Insha Allah program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

                                    








Comments