PROGRAM ZOOM : KAMPUNG TENGAH

Setelah kes-kes covid-19 semakin reda di Kuala Kedah, saya meneruskan semula Program Ziarah Orang-orang Memerlukan (ZOOM) dengan menziarahi keluarga Puan Zurina binti Md Zain di Lorong 3, Kampung Tengah, Kuala Kedah. Kisah beliau tular dalam media massa beberapa bulan lepas kerana mengalami kesempitan hidup untuk menyara suaminya yang mengidap kanser limfoma, ibunya dan 2 orang anaknya yang masih bersekolah.

Suaminya, Allahyarham Halim bin Bakar telah meninggal dunia pada bulan Julai lepas. Ini merupakan lawatan kedua saya. Lawatan pertama adalah ketika suaminya masih menjalani rawatan di hospital. Dalam lawatan kali ini, Puan Zurina tiada di rumah, walau bagaimanapun sedikit sumbangan disampaikan melalui ibu beliau, Puan Fatimah binti Mat Isa bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga ini. Alhamdulilah rumah mereka yang dibaikpulih oleh YAB Menteri Besar juga sudah hampir siap.




Comments