SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2021 PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR

Pada 16 Oktober 2021, Program Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2021 Peringkat Daerah Kota Setar telah diadakan di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kota Setar, Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah.
Majlis dirasmikan oleh Puan Norhafiza binti Fadzil, Pegawai Khas (Hal Ehwal Wanita) Menteri Besar Kedah. Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan Penasihat Mahkamah Kanak-kanak.

Saya menyampaikan sedikit perkongsian tentang gaya hidup sihat ketika pandemik bersama kanak-kanak yang hadir. Turut memberi pengisian adalah YDH ASP Salwani binti Mohd Hadzir, Pegawai Turus D11 Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak, PDRM Kedah. Beliau membicarakan isu jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Dalam majlis ini, saya turut menerima dokumen perlantikan sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak Daerah Kota Setar.

Kami juga meraikan hari lahir ke-7 bagi Nur Irdina Mahani yang kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2021. Terima kasih kepada semua kanak-kanak yang diraikan kerana hadir memeriahkan majlis. Sesungguhnya ‘Anak Kita Masa Depan Kita’.























Comments