SUMBANGAN BANTUAN COVID KAMPUNG KOMPLEKS

Pada 1 Oktober 2021, walaupun PKPD Kuala Kedah sudah berakhir, tetapi masih ada penduduk kampung yang masih memerlukan bantuan. Saya bersama Timbalan Ketua UMNO Cawangan saya, Abang Amiruddin Ali menziarahi dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk-penduduk kampung yang terkesan. Kampung Kompleks merupakan kampung asal saya dan ini adalah penggal kedua saya berkhidmat sebagai Ketua UMNO Cawangan.
 
Turut bersama saya dalam rondaan menyampaikan bantuan ini adalah beberapa orang sukarelawan belia. Mereka baharu mengesahkan diri mereka sebagai pemilih undi18. Saya mengajak mereka turut serta kerana mahu menunjukkan kerja-kerja politik di akar umbi sebenarnya juga adalah satu kerja amal. Kita membantu golongan yang memerlukan di dalam kawasan.

                                           













Comments