SUMBANGAN BANTUAN COVID TITI GAJAH

Pada 9 Oktober 2021, telah diadakan penyampaian sumbangan bantuan covid untuk penduduk-penduduk dalam kawasan PDM Titi Gajah. Sumbangan terima oleh Ketua-ketua UMNO Cawangan Titi Gajah, Alor Senjaya, Taman Mas Merah dan Taman Indah sebagai wakil untuk diagihkan di kawasan masing-masing.

Alhamdulilah, ini adalah sumbangan terakhir daripada inisiatif Food Bank Sukarela yang telah diusahakan sejak bulan Julai lalu. Hampir 500 orang penerima telah mendapat manfaat demi mengurangkan beban mereka dalam menghadapi pandemik.




Comments