ZIARAH IBU TUNGGAL DI TAMAN SERI KOTA

Pada 22 Oktober juga, saya telah menziarahi Puan Sabariah, seorang ibu tunggal di Taman Seri Kota yang tinggal bersama dua anak perempuannya yang salah seorangnya adalah OKU mental. Turut bersama saya Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Kota.

Saya juga menyampaikan barangan keperluan kepada sebuah keluarga di Taman Seri Abadi.

Selepas itu, saya singgah di Kampung Kompleks untuk menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada pihak Wanita UMNO Cawangan untuk disampaikan kepada ibu-ibu tunggal di Kampung Kompleks.







Comments