BENGKEL INTERAKTIF SIRI 1

Bengkel Interaktif ‘Kami Sayang Kamu’ Siri 1 anjuran bersama Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah diadakan di Dewan Masjid Al-Hasanah, Mergong pada 27 November 2021.

Peserta-peserta program ini adalah remaja bawah 18 tahun yang menerima perintah Mahkamah Kanak-kanak untuk menjalani pengawasan dalam komuniti selepas disabitkan kesalahan antaranya melibatkan penggunaan dadah, rempit dan judi atas talian. Pesalah-pesalah muda ini hadir bersama ibu bapa mereka yang turut menjadi peserta program ini.

Antara pengisian siri pertama program ini disampaikan oleh Pegawai Psikologi PDRM Kedah, Ketua Pegawai AADK Daerah dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Setar.

Kumpulan peserta ini akan terus dilibat urus untuk menyertai program susulan dari semasa ke semasa. Mereka sentiasa menjadi keutamaan saya untuk pemulihan dan pencegahan agar tidak terlibat lagi dengan gejala sosial. Saya yakin mereka ini akan kembali ke pangkal jalan kerana potensi mereka sangat besar sebagai insan yang mampu berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat pada masa hadapan.
























                                             

Comments