JARINGAN PRIHATIN KANAK-KANAK KOTA SETAR

Pada 10 November 2021, saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama Pasukan Pelindung Kanak-kanak, Pasukan Kebajikan Kanak-kanak dan Penasihat Mahkamah Kanak-kanak Daerah Kota Setar.
Antara yang dibincangkan adalah penganjuran bengkel interaktif untuk pesalah juvana dan ibu bapa mereka, pembentukan jawatankuasa kecil pelaksanaan bengkel halatuju dan pengurusan yang lebih berkesan untuk kes kanak-kanak yang terlibat dadah.

Dalam mesyuarat ini juga, telah diputuskan gabungan tidak rasmi kami ini akan dinamakan Jaringan Prihatin Kanak-kanak Kota Setar sebagai sebuah entiti yang bekerjasama demi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak dalam Daerah Kota Setar.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, En Shahrin Nizar bin Azudin kerana sudi singgah memberi sepatah dua kata-kata semangat kepada semua ahli mesyuarat. Selain itu, penyampaian buku dokumentasi program, sijil perlantikan dan hadiah kemenangan video pendek turut diadakan.

Apabila setiap pihak memberi kerjasama yang baik, pastinya gerak kerja organisasi akan menjadi lebih efisyen.











Comments