LYNNA

Dalam zaman pandemik, kisah ini sangat sesuai dibaca oleh generasi kini kerana ia memaparkan kesusahan dan kezaliman yang berlaku ketika zaman Perang Dunia Kedua. Ia boleh membuatkan kita lebih bersyukur dengan kemudahan dan nikmat yang dirasai ketika ini. Novel ini mampu mengingatkan bahawa negara kita pernah mengalami tempoh yang sukar dan bagaimana pembangunan semula dijalankan pasca perang terutamanya dalam bidang kesihatan.

Selain fakta-fakta sejarah menarik yang dipaparkan, boleh dikatakan kisah Lynna ini adalah naratif alternatif bagi kisah Natrah atau kebarangkalian yang mungkin berlaku sekiranya ‘Tragedi Natrah’ tidak terjadi.



Comments