PROGRAM MY THERAPEUTIC FAMILY

Program My Therapeutic Family anjuran LPPKN Negeri Kedah dengan kerjasama AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar telah diadakan pada 6 November 2021 bertempat Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Peserta yang terlibat adalah waris dan ibu bapa yang ahli keluarga mereka terlibat dengan dadah. Program ini amat bertepatan kerana mereka sebagai benteng utama, harus diberi pengetahuan dan kemahiran bagi menangani permasalahan penagihan dadah yang berlaku dalam keluarga.

Saya menyampaikan ceramah bertajuk ‘Mengurus Minda Atasi Stigma’ yang bertujuan membuka minda para peserta tentang isu stigma agar mereka lebih bermotivasi dalam memulihkan ahli keluarga mereka.
Turut dijemput menyampaikan ceramah adalah Puan Juzailah binti Omar, Penolong Pengarah (Rawatan & Pemulihan) AADK Kedah, Dr Azemi bin Shaari, Pakar Psikologi Pemulihan Dadah dan En Hafizul bin Salahuddin dari LPPKN Kedah.

Program ini sangat penting dalam memperkasa keluarga bagi membantu kepulihan klien-klien AADK. Kehadiran waris menunjukkan komitmen serius mereka dalam melahirkan keluarga yang terapeutik. Program fasa seterusnya akan diadakan pada minggu hadapan dalam bentuk kaunseling berkelompok.





















Comments