PROGRAM MY THERAPEUTIC FAMILY - KAUNSELING BERKELOMPOK

Program My Therapeutic Family diteruskan untuk fasa ketiga pada 13 November 2021 di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. Kali ini program dijalankan dalam bentuk kaunseling berkelompok iaitu menggunakan aktiviti bertemakan 'Topeng Diri' dan 'Lingkaran Kawalan'. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan ibu bapa dalam memberi sokongan berterusan untuk kepulihan anak-anak mereka.
 
Terima kasih LPPKN dan kaunselor-kaunselor yang terlibat. Saya yakin ibu bapa yang menyertai program ini mampu mewujudkan satu kumpulan sokongan yang kuat di dalam daerah ini.











Comments