PROGRAM TEMUSERU OKP WANITA SIRI 2

Program temuseru (outreach) klien wanita telah diadakan bersama AADK Daerah Kota Setar pada 3 November 2021 di sekitar Bandaraya Alor Setar. Terima kasih Tuan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar kerana turut turun bersama kami, Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar.

Kebanyakan klien-klien wanita ini adalah ibu tunggal yang berumur lingkungan 30an yang mempunyai anak-anak kecil dan sudah terlibat dengan dadah agak lama. Jika mereka terlibat semula dengan dadah, pastinya akan memberi implikasi buruk kepada anak-anak mereka.

Insha Allah program ini adalah sebagai inisiatif untuk mendekati dan melibat urus dengan mereka agar mereka kekal dalam kepulihan.

                                         
















Comments