TIADA LAGI PANGGILAN DOKTOR SAHAB

Baru-baru ini saya telah kehilangan seorang sahabat karib dalam NGO. Mendiang Pretam Singh adalah seorang aktivis masyarakat yang sangat setia berkhidmat sehingga akhir hayatnya.

Beliau merupakan Bendahari saya dalam Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar. Saya mula mengenali beliau ketika kami sama-sama berkhidmat dalam Diabetes Malaysia Negeri Kedah. Encik Pretam yang merupakan bekas staf JKR dan ketika zaman mudanya adalah pemain hoki Kedah, juga aktif dalam Persatuan Pembayar Cukai Negeri Kedah , PEMADAM, Majlis Kebajikan Negeri Kedah dan Persatuan PENAWAR.

Mendiang selalu berkongsi dengan saya, katanya keaktifan sebagai sukarelawan masyarakat adalah kunci kesihatan diri dan kebahagiaan dalam kehidupan. Ini adalah satu kehilangan besar kepada gerak kerja NGO terutamanya di Daerah Kota Setar. Tiada lagi panggilan 'Doktor Sahab' kepada saya selepas ini. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang.








Comments