ZIARAH DEEPAVALI 2021

Pada Hari Deepavali tahun ini, saya beraya bersama En Sinappan, mantan Ketua Bahagian MIC Kuala Kedah. Baru-baru ini beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian MIC selepas 12 tahun berkhidmat kepada masyarakat India di Parlimen Kuala Kedah. Anak lelaki beliau masih kekal sebagai Ketua Pemuda MIC Bahagian. Kami pernah sama-sama menganggotai Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri sebelum ini.

Deepavali tahun ini sangat istimewa bagi keluarga beliau kerana baharu menimang kehadiran cucu yang pertama. Tahniah saya ucapkan.

Sudah menjadi tradisi setiap tahun, saya pasti mengunjungi kediaman keluarga En Sinappan ketika Deepavali bagi mengeratkan persahabatan yang telah lama terjalin.



Comments