ZIARAH PESAKIT CAPD DI TEBENGAU

Baru-baru ini saya berkesempatan menziarahi Muhammad Aswad di Kampung Seberang Alor, Tebengau. Beliau baharu berumur 34 tahun merupakan pesakit buah pinggang tahap akhir dan telah memulakan rawatan peritoneal dialysis (CAPD) iaitu dialisis air empat kali sehari di rumah.

Beliau juga mengidap penyakit gout yang menyukarkan pergerakannya terutamanya untuk keluar berniaga bagi menyara hidup isteri dan tiga anaknya.

Saya menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk kegunaan beliau, dan juga boleh digunakan oleh ibu dan ibu saudaranya yang juga uzur di rumahnya. Turut bersama saya Pak Tam Jasni, Ketua UMNO Cawangan Seberang Alor.

                                        






Comments