DETIK-DETIK BERMAKNA 2021

Pada tahun 2021 ini menyaksikan kita masih dibelenggu dengan pandemik covid19 yang masih tiada berkesudahan. Sememangnya ramai yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang dan sahabat akibat gelombang kedua jangkitan virus ini. Tidak kurang juga yang hilang sumber pendapatan akibat kekangan ekonomi. Walau bagaimana sukar sekali pun dugaan yang kita hadapi, kita perlu terus bersabar dan hidup perlu diteruskan.

Tahun ini adalah seperti mana tahun-tahun sebelumnya, saya meneruskan perjuangan menyumbang bakti kepada masyarakat dalam pelbagai saluran sama ada dalam bidang kesihatan, politik dan kesukarelaan NGO. Banyak program dijalankan secara maya kerana program bersemuka tidak dapat diadakan. Program juga hanya dapat dijalankan dalam skala kecil namun ia tidak menghalang program berbentuk kebajikan diteruskan.

Tempoh PKPD yang dikuatkuasakan di Mukim Kuala Kedah pada bulan September 2021 adalah satu ujian yang sangat besar. Setiap hari ada saja kematian di kalangan penduduk Kuala Kedah termasuk rakan-rakan serta pesakit dialisis saya yang turut menjadi korban covid19. Inisiatif saya untuk mempercepat proses penerimaan vaksin untuk penduduk Kuala Kedah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mendapat sambutan yang sangat hebat. Kami menerima lebih 5 ribu pendaftaran kebanyakannya golongan muda yang masih belum mendaftar. Semoga dengan jumlah penerimaan vaksin yang ramai dalam tempoh PKPD ini telah dapat mengurangkan kes-kes jangkitan dan kematian yang mungkin berlaku.

Jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Diabetes Malaysia Negeri Kedah telah saya lepaskan pada tahun ini kerana saya mahu menumpukan lebih perhatian kepada NGO-NGO pencegahan jenayah. Tambahan pula, saya mendapat tanggungjawab baharu sebagai Penasihat Mahkamah bagi Kanak-kanak serta penglibatan dalam penubuhan Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir saya sebagai Pegawai Bersekutu RELA dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar melainkan dilantik semula tahun hadapan. Kenyataan media saya untuk isu-isu berkaitan ketum dan penyalahgunaan dadah juga banyak mendapat perhatian media cetak pada tahun ini.

Program-program ziarah pesakit dan penyampaian sumbangan terutamanya untuk golongan yang terkesan akibat pandemik agak banyak pada tahun ini. Saya telah melancarkan Food Bank Sukarela bersama RELA Bersekutu dan beberapa NGO saya bagi memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Untuk bidang politik, tugas-tugas sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah tetap diteruskan. Saya banyak menumpukan aktiviti bersama golongan belia kerana pewartaan Undi18 telah mencatatkan pertambahan pemilih baharu seramai 34 577 dalam Parlimen Kuala Kedah. Oleh itu, golongan ini wajar didekati dan diberi pemahaman tentang isu-isu politik semasa.

Kejayaan peribadi terbesar saya pada tahun ini adalah apabila saya berjaya menghabiskan pembacaan 80 buah buku. Aktiviti yang terhad ketika PKP telah memberi banyak masa terluang untuk saya mentelaah buku-buku ekonomi, sains, psikologi dan sejarah. Tiga buku pilihan saya untuk tahun ini adalah ‘Anthropocene Reviewed’ oleh John Green, ‘A Promised Land’ oleh Barack Obama dan ‘Alchemy’ oleh Rory Sutherland. Rasanya jumlah buku ini adalah satu pencapaian yang sukar untuk diulangi pada tahun mendatang.

Selamat Tahun Baharu 2022. Semoga tahun baharu ini akan menjanjikan lebih banyak kejayaan dan keberkatan untuk kita semua.

“We did not come to fear the future, we came here to shape it” – Barack Obama

Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada 27-28 Mac 2021
                                       

Makan malam bersama Dato' Seri Najib Razak

Ziarah Dato' Halim Said bersama Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi

Temusihat Taman Harapan

FB Live bersama AADK Kota Setar

Sambutan HADK Daerah Kota Setar 2021

White Challenge sempena HADK Negeri Kedah 2021


Program ZOOM Sungai Papan

BH11 Mac 2021

Vaksin Covid19

Utusan Malaysia 20 Mac 2021

Pertemuan bersama Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah



Ceramah di Program Community Empowerment

Program Peluang Kedua bersama TEKUN Nasional

Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Pengarah RELA Negeri Kedah

Program Pengerusi LPPKN bersama Anak Yatim Kuala Kedah

Sumbangan kerusi roda di Kampung Teluk Bulang

Program Sentuhan Kasih Ramadan di Selarong Panjang

Forum Hari Dadah Antarabangsa 2021 di AADK Kedah

Penyampaian sumbangan tuala untuk petugas wad Covid19 Hospital Sultanah Bahiyah

Pelancaran Food Bank Sukarela Kota Setar

Program Sumbangan Covid19 bersama Ketua Polis Daerah Kota Setar di Sungai Baru

Lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Kampung Tok Pasai

Sinar Harian 12 Ogos 2021

Book of the Year

Penyampaian sumbangan covid19 di kawasan PKPD Mukim Kuala Kedah

Program Ziarah Kasih DUN Pantai Kundor Melaka sempena PRN Melaka

Peningkatan kes covid19 menyebabkan saya perlu memakai PPE ketika bertugas sebagai langkah pencegahan

Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2021 Peringkat Daerah Kota Setar

Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar

Menerima dokumen perlantikan sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak

Dos penggalak

Rekreasi Gunung Keriang

Temuseru OKP Wanita

Program My Therapeutic Family LPPKN

Mempengerusikan mesyuarat Jaringan Prihatin Kanak-kanak Daerah Kota Setar

Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Kota Setar

Bengkel Interaktif JKM 'Kami Sayang Kamu'

Temusihat Kuar Jawa

Lawatan Kasih Prihatin bersama Klinik Kesihatan Simpang Empat

Menerima sijil penghargaan daripada Pengarah AADK Kedah atas penglibatan dalam Program Rintis Inisiatif Bersepadu Kuala Kedah

Santai Futsal bersama belia

Ziarah Kebakaran di Kota Sarang Semut

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2021

Santai boling bersama belia




Comments