LAWATAN KASIH PRIHATIN JKPD

Lawatan Kasih Prihatin Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) bersama AADK Daerah Kota Setar telah diadakan pada 1 Disember 2021 di sekitar Kampung Tengah dan Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah.

Kebanyakan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang diziarahi ini berumur bawah 30 tahun dan bekerja sebagai nelayan. Ada di antara mereka sedang mencari nafkah di laut, dan sumbangan disampaikan kepada ahli keluarga mereka. Insha Allah tahun depan kita akan atur lebih banyak program untuk membantu kepulihan mereka.

Terima kasih Unit Rawatan Pemulihan AADK kerana berjaya atur program dengan lancar sekali.

                                      













Comments