LAWATAN KASIH PRIHATIN KLINIK SIMPANG EMPAT

Program lawatan kasih prihatin bersama Klinik Kesihatan Simpang Empat telah diadakan pada 8 Disember 2021 di sekitar Simpang Empat, Taman Orkid, Kampung Teluk Bulau dan Tebengau.

Antara yang diziarahi adalah pesakit muda yang telah lumpuh 20 tahun, keluarga OKU pesakit mental, ibu tunggal yang menjaga cucu anak yatim , ibu muda OKU lembam dan pesakit dialisis yang mempunyai 9 orang anak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga mereka dan keluarga sentiasa tabah.

Turut bersama saya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah, Pakar Perubatan Keluarga dan staf beliau serta Pengerusi Panel Penasihat Klinik bersama Ahli Jawatankuasa beliau. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

                                       

















Comments