MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2021

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2021 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Disember 2021. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua perwakilan cawangan yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

Dalam ucapan penggulungan, saya meminta jentera parti di peringkat akar umbi agar sentiasa bersiap bersedia dan melaksanakan kerja secara profesional bagi memastikan kemenangan di PRU15 yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau nak menang kita kena buat kerja cara nak menang!

Mesyuarat berjalan dengan tertib, teratur dan penuh tradisi. Norma politik UMNO adalah sesuatu yang unik dan hanya difahami oleh orang-orang UMNO sahaja.

















Comments