PROGRAM DIALOG KAWASAN BERISIKO TINGGI

Program Dialog bersama Rakan Strategik dan Rakan Pintar bagi Kawasan Berisiko Tinggi telah diadakan pada 30 November 2021 di Menara Alor Setar. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Tuan Mohd Rizal bin Tawil, Pengarah AADK Negeri Kedah.

Sesi dialog dikendalikan oleh Puan Zuriati binti Zainudin, Penolong Pengarah (Pencegahan) AADK Negeri Kedah. Menurut beliau, sasaran terkini adalah mengurangkan nisbah bilangan penagih iaitu kurang daripada 400 orang bagi setiap 100 ribu penduduk. Saya juga berkongsi isu-isu semasa yang berlaku di Daerah Kota Setar yang berkaitan penyalahgunaan dadah terutamanya yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Selain majlis dialog, program ini turut meraikan mantan Pegawai Daerah Kota Setar dan wakil-wakil agensi serta NGO yang telah banyak membantu program-program AADK. Di majlis ini juga, telah diumumkan Program Rintis Kuala Kedah telah diiktiraf oleh AADK Pusat sebagai kawasan yang paling berjaya daripada keseluruhan 12 kawasan rintis dalam mendapatkan kolaborasi pelbagai jabatan dan agensi.

Saya turut menerima cenderahati di atas kejayaan dan penglibatan dalam Program Rintis Kuala Kedah sepanjang dua tahun lalu. Terima kasih AADK Kota Setar di atas penghargaan ini. Hadiah yang terbaik adalah memori.

                                        








Comments