PROGRAM ZOOM : MANGSA KEBAKARAN KOTA SARANG SEMUT

Genap setahun lalu saya menziarahi En Saad di Kota Sarang Semut yang kehilangan sumber pendapatan apabila berlaku jangkitan pada kakinya akibat diabetes. Setelah lebih setahun dirawat akhirnya beliau dapat bekerja semula sebagai pemandu lori.

Malangnya pada pagi 7 Disember 2021, beliau ditimpa musibah lagi apabila rumahnya hangus dijilat api dan beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Mujurlah beliau tiada di rumah ketika itu.

Pada 8 Disember 2021, saya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan Kota Sarang Semut telah meninjau keadaan rumah beliau dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban. Semoga beliau sentiasa tabah menghadapi ujian Allah swt ini.

                                      









Ziarah pada 8 Disember 2020
                                       

Comments