TEMUSIHAT KUAR JAWA

Pada 4 Disember 2021, Pasukan Saringan Kesihatan (PASAK) Parlimen Kuala Kedah meneruskan program Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) yang telah sekian lama tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik. Program kali ini diadakan di Kampung Kuar Jawa iaitu dalam DUN Kubang Rotan.

Antara pesakit yang diziarahi dan diperiksa adalah pesakit strok, darah tinggi, Parkinson, sirosis hati, diabetes dan warga emas yang berumur 80 tahun ke atas. Semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih Abang Bohari, Ketua UMNO Cawangan Kuar Jawa dan Ahli Jawatankuasa beliau di atas kerjasama yang diberikan.

                                         

























Comments