TUGASAN PENASIHAT MAHKAMAH KANAK-KANAK

Pada 28 Disember 2021, tiba giliran saya untuk bertugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Boleh dikatakan ini adalah tugasan terakhir untuk tahun ini sebelum menjelang tahun baharu. Ada 5 kes yang dijadualkan untuk dibicarakan, antaranya kes remaja yang terlibat rempit, ejen judi atas talian dan penyalahgunaan dadah.

Kebanyakan kes ini berlaku di kalangan keluarga yang bermasalah menyebabkan kurangnya pengawasan daripada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Untuk kes-kes sebegini, saya mencadangkan kepada Majistret agar kanak-kanak ini bersama ibu bapa mereka dikenakan perintah untuk mengikuti bengkel interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi merapatkan semula hubungan mereka secara psikologi dan emosi.

Peranan ibu bapa sebagai orang dewasa sangat besar dalam memantau aktiviti anak-anak. Peranan ini harus sering ditekankan dalam masyarakat. Anak-anak kita adalah tanggungjawab kita.

(Gambar : saya berada di bilik saksi Mahkamah, sementara menunggu kes bermula)





Comments