HARI SUKAN KELUARGA MALAYSIA KAMPUNG BENUA

Pada 1 Januari 2022, Hari Sukan Keluarga Malaysia Kampung Benua berlangsung dengan meriah sekali. Program anjuran Jawatankuasa Pembangunanan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Benua ini melibatkan acara sukaneka penduduk kampung dan  cabutan bertuah. Acara kemuncak adalah pertandingan bolasepak 5 sebelah yang telah dimenangi oleh Pasukan Koko FC.
 
Turut bersama menyampaikan hadiah adalah YDP PAS Kawasan Kuala Kedah merangkap Penyelaras DUN Pengkalan Kundor dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

                                       









Comments