MESYUARAT MCPF KEDAH BIL 1/2022

Mesyuarat Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah Bil 1/2022 pada 27 Januari 2022 telah dipengerusikan oleh YDH CP Tuan Wan Hassan bin Wan Ahmad, Ketua Polis Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YDH DCP Dato’ Roze bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah, YBhg Dato’ Hashim bin Ali, Timbalan Pengerusi MCPF Kedah dan pengerusi-pengerusi MCPF Daerah.

Tuan Ketua Polis Kedah meletakkan sasaran kepada kami agar menumpukan gerak kerja dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyalahgunaan dadah dan jenayah komersil. Beliau juga mahu kami sentiasa bersuara dalam isu-isu yang melibatkan keselamatan komuniti dan kesejahteraan masyarakat.

Dalam mesyuarat ini, saya telah membentangkan perancangan program MCPF Daerah Kota Setar untuk tahun 2022. Antaranya Program Cakna Remaja, Jerayawara Cegah Jenayah dan Seminar Kesedaran Jenayah Kanak-kanak. Saya juga memaklumkan tentang program kerjasama dengan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar iaitu Temuseru Klien Wanita, Program Usahawan Peluang Kedua dan OSCA. Semoga semua program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.




















Comments